PEMBUKAAN PUSAT DIALISIS BARU DI SENGGARANG

#BatuPahat- Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Islam Johor (PIJ) terus komited meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan menerusi perasmian Pusat Dialisis PIJ Cawangan Senggarang bagi kemudahan pesakit di kawasan berkenaan.

Inisiatif ini dengan kerjasama anak syarikat PIJ, Insist Amilat Sdn Bhd diwujudkan bagi menyediakan kemudahan rawatan hemodialisis kepada masyarakat khususnya pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan secara berkala di kawasan berkenaan.

Sehingga kini, Pusat Dialisis PIJ beroperasi di tiga cawangan iaitu Pusat Dialisis PIJ Cawangan Ayer Hitam mempunyai (20 mesin dialisis), Pusat Dialisi Cawangan Taman Kota Masai (24 mesin dialisis) dan Pusat Dialisis PIJ Cawangan Senggarang (6 mesin dialisis). Kemudahan ini sekali gus membantu meringankan beban pesakit dan keluarga untuk mendapatkan rawatan.

Pada majlis sama, turut diadakan penyampaian sumbangan kotak makanan percuma kepda 50 orang asnaf dan fakir miskin bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan di kawasan berkenaan.

Terdahulu, YB Tuan Haji Mohd Fared Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor merangkap Pengerusi Insist Amilat Sdn Bhd merasmikan Pusat Dialisis Perbadanan Islam Johor (PIJ) Cawangan Senggarang di Batu Pahat semalam.