Zakat Harta

Perkhidmatan

Zakat Harta

GAJI/PENDAPATAN

Gaji ialah bayaran yang dibuat atau diterima oleh seseorang sebagai upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk juga elaun dan imbuhan daripada sebarang pekerjaan dan perkhidmatan professional

WANG SIMPANAN

Wang yang disimpan dalam bentuk simpanan biasa, tetap, semasa, saham, amanah serta lain-lain simpanan

PERNIAGAAN

2.5% atas aset yang layak dizakatkan tertakluk kepada nisab

SAHAM

Wang yang dilabur di dalam syarikat atau perniagaan sebagai bukti pemilikan sesbuah perniagaan
Nisab dan kadar saham adalah seperti zakat simpanan

EMAS & PERAK

Maksud emas dan perak ialah yang berbentuk barang kemas untuk perhiasan atau kegunaan lain seperti jongkong emas, piala dan sebagainya yang dipamerkan

PERTANIAN

Bijiran ialah hasil tanaman yang menjadikan makanan utama sesebuah negeri, mengenyangkan dan tahan lama seperti padi, gandum, jagung, sekoi, kacang dan seumpamanya

TERNAKAN

Haiwan seperti unta, lembu atau kerbau, kambing atau biri-biri
Haiwan perlulah dipelihara di padang ternakan dan tidak digunakan untuk bekerja