Insist Amilat Sdn. Bhd. (IASB)
Fokus asal
Takaful & Zakat
Insist Amilat Sdn. Bhd. (IASB) merupakan syarikat anak milik Perbadanan Islam Johor (PIJ). Ditubuhkan pada mulanya adalah untuk menguruskan perlindungan insurans ke atas semua aset dan kepentingan kerajaan Negeri Johor, termasuk badan berkanun negeri dan anak syarikat kerajaan negeri.
IASB memulakan operasi pada 15 Ogos, 1997 dengan memberi tumpuan perkhidmatan agensi korporat ke seluruh negeri Johor.
Pada masa ini, syarikat masih bertanggungjawab sebagai agensi korporat kepada Kerajaan Johor untuk mengendalikan semua perlindungan insurans yang diperlukan oleh kerajaan Johor. Dengan pengalaman syarikat melebihi 27 tahun di bidang pengurusan takaful/insurans korporat, syarikat mampu memanfaatkan kelebihan ini untuk faedah dan kebaikan jabatan dan institusi yang akan berurusan dengan syarikat kelak.
IASB juga turut dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk mengendalikan kutipan zakat harta dan simpanan dengan menubuhkan Kaunter Pungutan Zakat Harta Johor. Kelulusan ini adalah melalui pegawai syarikat yang dilantik sebagai Amil Zakat Korporat.
