Ucapan Pengarah Eksekutif

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Dengan penuh rasa kesyukuran, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan yang telah memilih Insist Amilat Sdn. Bhd. (IASB) sebagai rakan strategik dalam memenuhi keperluan perkhidmatan berlandaskan prinsip Syariah. Sokongan dan kepercayaan anda merupakan asas kukuh kepada pertumbuhan dan kejayaan kami selama ini.
Sebagai anak syarikat milik penuh Perbadanan Islam Johor (PIJ), IASB berdiri teguh membawa visi untuk memacu ekonomi masyarakat Islam dan Negeri Johor menerusi perniagaan yang berteraskan muamalat Islam. Bermula dengan khidmat agensi korporat takaful dan amil zakat kepada Kerajaan Negeri Johor, kami kini berkembang dengan menawarkan perkhidmatan kesihatan dialisis dan pengurusan serta perancangan harta Islam secara profesional dan menyeluruh.
Setiap langkah kami didorong oleh komitmen terhadap integriti, ketelusan dan kecemerlangan operasi. IASB berbangga menjadi satu-satunya agensi korporat takaful milik kerajaan negeri yang menawarkan produk-produk patuh syariah secara menyeluruh, sambil menerapkan pendekatan mesra pelanggan seperti “door-to-door service” bagi memastikan perkhidmatan kami sampai terus kepada masyarakat.
Kepada pelanggan sedia ada, kami mengucapkan terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi. Kepada bakal pelanggan, kami mengalu-alukan anda untuk menjadi sebahagian daripada komuniti kami yang mempercayai sistem ekonomi Islam yang berdaya maju.
Semoga kita semua terus diberikan keberkatan dan dipandu untuk membina masa depan yang lebih cemerlang dan sejahtera.
Sekian, terima kasih.
HAJAH SHUBANAH BINTI YUSUF
Pengarah Eksekutif
Insist Amilat Sdn. Bhd.
