Latar Belakang Syarikat
Latar Belakang Syarikat
1997
Pegangan
100% milik PIJFokus Utama
Takaful & ZakatAkan datang
Proses penubuhan pusat dialisis di Senggarang
Penubuhan Insist Amilat Sdn Bhd, dan hanya ada 3 kakitangan sahaja.
2017
Penubuhan pusat dialisisPembukaan cawangan baru pusat dialisis
Ayer Hitam & Taman Kota Masai2024
Kini mempunyai seramai 40 orang kakitangan.
1997
Merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Islam Johor.
Bermula 2017 syarikat melebarkan perniagaan dengan menceburi bidang Hemodialisis bagi menjana pendapatan syarikat yang lebih lagi.
Insist Amilat Sdn. Bhd. ditubuhkan sebagai sebuah syarikat Sendirian Berhad menurut Seksyen 16 (4) Akta Syarikat 1965 pada 15 Ogos, 1997 yang beralamat di G-3, Bangunan Perbadanan Islam Johor, Jalan Rebana, Kebun Teh, 80250, Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim.
Sehubungan dengan itu, pada Mac, 2018 Pusat Dialisis Perbadanan Islam Johor Cawangan Ayer Hitam, Johor telah mula beroperasi dengan berbekalkan 12 buah mesin hemodialisis dan 54 orang pesakit pada ketika itu.
Pada 2019, sebuah lagi Pusat Dialisis Perbadanan Islam Johor telah beroperasi di Cawangan Taman Kota Masai, Johor dengan bilangan mesin sebanyak 12 buah dan pesakit seramai 65 orang. Pada Jun, 2022 operasi telah berpindah sepenuhnya ke Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor bagi memudahkan proses penambahan pesakit.
